Sedar tak sedar bulan ramadhan dah sampai ke penghujung..dan selama itu juga saya tidak mencoret apa apa di sini, dalam tempoh 'berdiam' ni saya dan suami sibuk menyiapkan deko untuk pelamin khas untuk bakal pengantin kami 10 oktober depan..atas permintaan suami contoh pelamin terbaru hanya akan saya upload selepas majlis berlansung..yang boleh saya kongsikan di sini..pelamin terbaru ini berkonsepkan 'red roses' bermula dari bunga pelamin..kain backdrop termasuk lah dress untuk pengantin perempuan..semuanya ada bunga ros..
Sempena Aidilfitri yang akan datang tak lama lagi..Saya dan suami ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung fotopages AEP dan juga sesiapa saja yang pernah berurusan dengan kami..sebarang kekurangan, tersilap kata atau terkasar bahasa harap dimaafkan..semoga kita semua dapat bertemu lagi di masa2 akan datang..
Butik kami akan mula beroperasi seperti biasa pada 28 Sept 09