Saya terfikir untuk mencoret sesuatu di sini..kepada yang sudah mengenali Andaman Emas Pesona mungkin tahu serba sedikit tentang kami, tapi kepada yang belum mengenali..
AEP merupakan butik yang baru beroperasi pada April 2009, dalam tempoh yang amat setahun jagung ni kami masih lagi berusaha untuk memperbaiki apa saja kekurangan dan kelemahan kerana saya berazam untuk meletakkan AEP berdiri sebaris dengan nama2 butik yang telah bertapak lama di lembah klang ini. Ada masanya saya akui kekurangan pengalaman mungkin membatasi apa yang kami impikan..namun kami dengan sedaya upaya tidak akan mengecewakan impian perkahwinan setiap pasangan yang memberi kepercayaan kepada kami. Apa yang saya harapkan kekurangan sebagai orang baru dalam industri ini tidak dijadikan kayu pengukur kepada seseorang itu untuk berjaya.
Pada mulanya saya agak ragu untuk menjalankan perniagaan berteraskan servis kerana saya risau tidak dapat memuaskan hati pelanggan..namun atas dorongan dan kepercayaan yang diberi oleh keluarga,rakan rakan..akhirnya wujud AEP di dalam kelompok industri ini. Walaupun masih kerdil tapi alhamdulillah ada yang nampak kehadiran kami..dan sehingga hari ini saya bersyukur dengan peluang dan rezeki yang diberi..mudah mudahan ia berterusan dan apa yang kurang akan saya tambahkan..apa yang pudar akan saya ceriakan..yang kami perlukan hanya kepercayaan dari anda kerana impian anda adalah inspirasi kami..